Monday, November 8, 2010

Assalamualaikum.......salam Ukhwah kpd yg megunjungi laman sesawang ini.....~ InsYaAllah akan kuCuba memanfaatkan utk kebaikan...... segala perkongsian yang cuba kuPerkongsikan di sini lahir dari diri yang penuh kekurangan........Oleh itu, sila berikan tunjuk ajar~ Sokonglah apa2 yg benar,.... 
Tegurlah apa yang salah...... kerana aku insan yg DhaiF........




 




Alhamdulillah, Allah s.w.t telah menciptakan singa utk kita..... Banyak yg dapat kita pelajari dari kisah singa ini utk diaplikasikan dalam hidup kita.... insyaAllah~
....Singa merupakan Raja segala pemburu..... Jaguh rimba yg menakutkan segala mangsa dan pemangsa yang ada di sekelilingnya......... Ngaumannya yang garau sudah cukup utk memberi Amaran kepada Pemangsa di sekelilingnya bahawa kawasan berkilometer persegi itu adalah kawasannya dan sesiapa yg melaluinya akan diserang........ pergerakan berpasukan yg bersifat terancang juga menjadikan Singa lebih ditakuti musuhnya..... mereka akan bergerak melebihi 10 ekor pada suatu masa, ditambah pula dengan warna tubuh yg seakan-akan rumput kering menjadikan mereka halimunan pada pandangan mata serta jejak langkah yang tersusun rapi tidak mampu dikesan di telinga.....~

    Sugguh mengerikan...... Akan tetapi, setiap kekuatan pasti terkepil bersama kelemahan....... Singa merupakan haiwan yang sangat2 agresif dan tidak pernah takut akan musuhnya walaupun mereka kalah dari segi bilangan dan saiz tubuh..... Malangnya, haiwan ini akan terserlah kelemahannya bila mana kekenyangan..... Bahkan Haiwan ini tidak ditakuti andaikata sedang kenyang perutnya.... kerana waktu kekenyangan merupakan waktu yg paling nikmat untuk mereka tidur...... Apabila sedang TIDUR, musuh berlari-berjalan malah bermain-main di depan matanya bagaikan Singa tak mampu utk berbuat apa-apa...... dan pada waktu ini, jatuhlah maruah Sang Singa..... Gugurlah keEgoannya sebagai Pemangsa terkuat dunia......~

 ===========================================================
renungan perbandingannya.......... Org yg ada kekuatan Fizikalnya, Mentalnya, Spiritualnya adalah Org yg mempunyai akidah yg benar2 mantap terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w....... Insan2 seperti ini sangat2 digeruni musuh2 Allah iaitu syaitan laknatullah serta pengikut2 syaitan......
fakta di bawah telah kupetik dari kajian HarunYahya........(layari http://www.harunyahya.com)

Ramai saintis Muslim yang patuh kepada ajaran Al-Quran dan sunnah nabi telah membuat penemuan penting dalam bidang astronomi, matematik, geometri, perubatan, dan cabang sains yang lain. Semua ini telah membolehkan perubahan besar dan perkembangan mengagumkan dalam sains dan kehidupan sosial. Beberapa saintis Muslim beserta hasil kerja mereka adalah seperti berikut:

Abd al-Latif al-Baghdadi dikenali melalui kerjanya dalam bidang anatomi. Dia membetulkan kesilapan sebelumnya berkaitan banyak tetulang dalam badan seperti rahang bawah dan sternum. Tulisannya bertajuk Al-Ifada wa al-I'tibar telah diterbitkan pada tahun 1788 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Jerman, dan Perancis. Beliau juga mengkaji organ-organ deria rasa dalam kitabnya yang berjudul Makalatun fial-Havas.

Ibn Sina (Avicenna) menerangkan tentang cara-cara rawatan ke atas pelbagai jenis penyakit. Kitab agungnya, Kitab al-Qanun fi at-Tibb, yang ditulis dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12. Ia diajar dan dianggap sebagai buku pelajaran asas di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Kebanyakan maklumat perubatannya masih lagi sesuai untuk diaplikasikan pada hari ini.

Zakaria Qazvini meruntuhkan banyak pendapat-pendapat yang salah berkaitan dengan otak dan jantung, yang mana telah dianggap tepat sejak zaman Aristotle lagi. Maklumat yang beliau berikan berkenaan dengan dua organ tersebut sama dengan pengetahuan hari ini.

Zakaria Qazvini, Hamd Allah Mustawfi Qazvini (1281-1350), dan Ibn Nafs, semuanya merupakan pengkaji anatomi serta membentuk asas sains perubatan moden.

Ali ibn Isa telah menulis tiga jilid buku tentang penyakit mata, Tazkirat al-Kahhalin. Jilid pertama tertumpu sepenuhnya pada anatomi mata dan mengandungai banyak informasi berharga. Ia kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Jerman.

Al-Bairuni membuktikan 600 tahun lebih awal sebelum Galileo bahawa bumi berputar, dan juga telah mengira diameternya 700 tahun sebelum Newton melakukannya.

Ali Kuscu menghasilkan peta pertama untuk bulan, satu bahagian yang dinamakan sempena nama beliau.

Thabit ibn Qurra menemui kalkulus pembezaan berkurun-kurun sebelum Newton.

Al-Battani merupakan manusia pertama yang mengasaskan trigonometri.
Abu'l Vafa bertanggungjawab mewujudkan istilah secant dan cosecant dalam bidang trigonometri.

Al-Khawarizmi merupakan orang pertama yang menulis buku berkenaan algebra.

Al-Maghribi mengasaskan persamaan yang dikenali sebagai segitiga Pascal, 600 tahun sebelum ditemui oleh Pascal sendiri.

Ibn Haitam merupakan pengasas optik. Bacon dan Kepler sekadar menggunakan hasil kerja beliau, sementara Galileo mengunakan penemuan beliau dalam penghasilan teleskop.

Al-Kindi memajukan relativiti dan teori relativiti 1,100 tahun lebih awal daripada Einstein.

Akshamsaddin, yang hidup lebih kurang 400 tahun daripada Pascal, merupakan orang pertama yang menemui kewujudan mikrob.

Ali ibn Abbas adalah orang pertama yang menjalankan pembedahan kanser.

Ibn Jazzar menjelaskan punca-punca dan cara rawatan penyakit kusta.

Saintis-saintis Muslim, yang hanya sebahagian kecil disenaraikan di atas, telah membuat banyak penemuan penting yang membentuk asas sains moden dengan mematuhi ajaran Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah (saw).
*dipetik dari
http://www.harunyahya.com/en.m_type_list.php?langId=6

Sampai Bila Kita Harus Terlena>??......... Bangkitlah..... Umat islam dah Lama TerTidur......~